Anda di sini

Selangor juara Golf MAKSAK

Advertisement

KUCHING: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kebajikan (MAKSAK) Selangor mencuri tumpuan pada Kejohanan Golf Berpasukan MAKSAK Malaysia 2015 apabila muncul juara kategori ‘nett’.

Beraksi di Kelab Golf Sarawak (KGS) semalam, MAKSAK Selangor diwakili Badaruddin Tahiruddin, Ismail Kassim, Mohd Akhiralnizam Ramli, A.  Lukman Sharawi dan Mustafa Kamal Sidek.

Dengan kejayaan itu, MAKSAK Selangor membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200, piala pusingan dan piala iringan.

Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Misnu Taha dan Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Ahmad Faedzal Md Ramli.

Tempat kedua kategori ‘nett’ disandang MAKSAK Perak manakala MAKSAK Pahang di tempat ketiga.

Kategori ‘gross’ pula menyaksikan MAKSAK Perak muncul juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200, piala pusingan dan piala iringan.

Tempat kedua diraih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala MAKSAK Kedah di tempat ketiga.

 

Advertisement