Anda di sini

Kejohanan bina badan tertutup Pesta Benak 2015 pada 18 April

Advertisement

KUCHING: Pejabat Residen Sri Aman dan Hardcore Fitness Centre dengan kerjasama Persatuan Bina Badan Negeri Sarawak (SBBA) menganjurkan kejohanan bina badan tertutup sempena Pesta Benak 2015 pada 18 April ini.

Penyertaan Mr Benak 2015 memasuki edisi kedua ini sudahpun dibuka dengan dua kategori iaitu bina badan dan cabaran badan cantik.

Penganjur kejohanan, Buda Anchah berkata syarat penyertaan adalah warga asal Sarawak atau mereka yang diiktiraf bermastautin di negeri ini.

“Edisi kali ini adalah tertutup berlainan dengan acara sulung pada 2013 melibatkan atlet-atlet dari Sabah dan Semenanjung Malaysia,” kata anak kelahiran Sri Aman ini yang merupakan juara Asia Masters dan pemillik Hardcore Fitness Centre.

Buda memberitahu, pendaftaran diadakan di Hardcore Fitness Centre (Sri Aman) dari jam 10 pagi hingga 1 petang pada hari pertandingan (18 April) dan sesi pemilihan diadakan jam 4 petang manakala acara final bermula jam 7 malam.

Panel juri bagi pemilihan dan perlawanan akhir terdiri Buda sendiri serta pegawai SBBA.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Buda di talian 019- 3694850/ 016-4964520 atau emel ke ronnybuda@yahoo. com.

Yuran penyertaan ialah RM40 setiap peserta bagi kedua-dua kategori.

Pendokong utama lain Mr Benak 2015 ialah TegapTV Malaysia selaku portal media rasmi dan M-Sotropin selaku penaja tambahan.

 

Advertisement