Anda di sini

Empat atlet taekwondo Poomsae dari PTNS terpilih wakili Malaysia

Advertisement

KUCHING: Seramai empat atlet taekwondo Poomsae dari Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS) terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan Taekwondo Asia Tenggara 2015 Ke-12 yang akan berlangsung di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam dari 21 hingga 25 Mac ini.

Mereka ialah Dayang Syamimi Sakinah, Augustine Rudy, Nurul Hidayah dan Marylyne Bungan.

“Saya berasa gembira apabila atlet muda kita telah dipilih oleh Persatuan Taekwondo (WTF) Kebangsaan mewakili negara dalam kejohanan kali ini,” kata Presiden PTNS, Mohamad Salleh Sani.

Beliau memberitahu, rangkaian atlet poomsae sebelum ini telah memenangi pingat emas kategori masing-masing dalam Kejohanan Taekwondo Malaysia (WTF) Poomsae 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur (13 dan 14 Februari) lalu.

Menurut beliau, pemilihan kesemua empat atlet terbabit merupakan matlamat dan objektif persatuan dalam mengetengah bakat mereka selain berperanan sebagai platform melatih dan membangunkan potensi atlet terbabit.

“Kita berharap atlet terpilih menggunakan peluang ini sebaiknya untuk meningkatkan kemahiran dan membentuk kekuatan diri sebagai persediaan menghadapi SUKMA 2016 yang akan berlangsung di Sarawak,” jelas beliau.

Pada masa yang sama, beliau melahirkan rasa bangga dengan usaha berterusan persatuan negeri selama ini hingga berjaya melahirkan ramai atlet taekwondo yang berpotensi besar untuk mengharumkan nama negeri dan negara.

Advertisement