Anda di sini

Penyertaan dipelawa untuk kejohanan futsal Mukah 3-5 Apr

Advertisement

MUKAH: Kejohanan Futsal Piala Persatuan Bola Sepak Bahagian Mukah (MuFA) dan Lea Sport Centre (LSC) akan diadakan di Stadium Tertutup Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) di sini pada 3 hingga 5 April depan.

Kejohanan itu julung kalinya dianjurkan bersama oleh MuFA, LSC dan KPS Bahagian Mukah.

Presiden MuFA ASP (B) Jamil Othman berkata, kejohanan tiga hari itu terbuka kepada semua pasukan yang berminat dari Bahagian Mukah.

Menurut beliau, penyertaan dihadkan kepada sebanyak 32 pasukan sahaja dengan yuran penyertaan sebanyak RM250 bagi setiap pasukan, termasuk lapan pasang jersi yang akan digunakan oleh setiap pasukan pada kejohanan itu nanti.

“Juara akan membawa pulang wang tunai RM400, baucar tunai RM1,500, piala dan pingat, naib juara RM300 dengan baucar tunai RM1,000, trofi dan medal, manakala dua pasukan yang menduduki tempat ketiga bersama masingmasing akan menerima hadiah wang tunai RM300, baucar tunai RM500, trofi dan medal.

“Kejohanan ini juga menyediakan hadiah-hadiah dalam bentuk hamper dan pingat untuk penjaring terbanyak dan pemain terbaik perlawanan akhir,” katanya.

Tambah Jamil, Tarikh tutup ialah pada 26 Mac 2015 yang mana kejohanan ini berobjektif untuk memilih pemain terbaik bagi mewakili Bahagian Mukah ke Kejohanan Futsal Piala Sarawak nanti.

Borang penyertaan boleh diperolehi di Pejabat KPS Mukah atau pengurus-pengurus pasukan boleh menghubungi Othman Alwi menerusi talian 019-8678235, Herman Bong Kuit Chong (013-8239962), Junaidi @ Yakub Usop (013- 8319080), Sajri Haini (014- 8836775) dan Henry Anyie ( 019-8986044).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Yussibnosh Balo dijangka merasmikan majlis penyampaian hadiah pada hari penutupannya pada 5 April, jam 4 petang.

Beliau juga memberitahu MuFA di j angka aka n menganjurkan kejohanan bola sepak sembilan (9S) sebelah, Piala ADUN Balingian selepas itu.

“Jika semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang , kejohanan itu nanti akan diadakan pada 1 Mei.

“Ia juga terbuka kepada 32 pasukan dan keutamaan akan diberikan kepada pasukan dari Bahagian Mukah, melainkan bilangan pasukan tempatan tidak mencukupi, maka kita akan mengalu-alukan pasukan dari luar bahagian ini,” ujarnya.

Jamil memberitahu liga tempatan iaitu Liga MuFA 2015 akan bermula pada pertengahan Mei dengan bilangan peserta terhad kepada 16 pasukan sahaja.

Advertisement