Anda di sini

Tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang pengambilan garam rendah

Advertisement

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit hipertensi di negara ini semakin meningkat sekali gus menunjukkan tahap ke-sedaran masyarakat terhadap pengambilan garam secara berlebihan masih rendah, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata kira-kira 32.7 peratus atau 5.8 juta rakyat negara ini yang ber-umur 18 tahun dan ke atas (kategori dewasa) kini menghidap hipertensi.

Katanya data kementerian menganggarkan purata pengambilan garam di kalangan orang dewasa adalah 8.7 gram sehari iaitu 1.7 kali ganda saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak lima gram sehari.

“Walaupun garam penting untuk kesihatan, namum peng-ambilan garam secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan manusia,” katanya ketika merasmikan Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2015, bertemakan ‘Makan di Luar, Kurang Masin, Pilihan Sihat’ di sini semalam.

Dr Subramaniam berkata kementerian juga menyasarkan kanak-kanak sekolah bagi mendidik mereka mengenai risiko pengambilan natrium yang tinggi kerana ia pen-ting untuk pendidikan dari usia muda.

“Jika kita bermula dengan mendidik generasi muda, kita boleh memberi kuasa kepada mereka untuk melakukan perkara yang sama pada masa akan datang,” katanya, sambil menambah, platform sedia ada akan digunakan seperti program Doktor Muda dan kelab kokurikulum di sekolah untuk mendidik mereka tentang isu kesihatan.

Sementara itu, Pakar Diet-etik Bahagian Kawalan Penyakit, Viola Michael berkata kempen semalam menyasarkan tiga kumpulan iaitu murid-murid sekolah rendah dan menengah, golongan pekerja dewasa dan pengendali makanan.

Beliau berkata kementerian juga di peringkat awal perbincangan dengan pengendali makanan untuk menyediakan makanan kurang garam di restoran.

Ditanya sama ada kemen-terian akan memperkenalkan bahan lain sebagai pengganti garam, beliau berkata perbincangan masih di peringkat awal dengan industri maka-nan walaupun terdapat beberapa pengganti garam di pasaran. — Bernama

Advertisement