Anda di sini

SPR menjangka 70 peratus keluar mengundi

Advertisement

KOTA BAHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chempaka menurun kepada 70 peratus berban-ding 85.9 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia berikutan hanya sebuah parti besar iaitu PAS sahaja yang bertanding dan tidak dicabar oleh Barisan Nasional (BN).

“Kami jangkakan ramai pengundi yang tak akan keluar atau pulang mengundi pada PRK DUN Chempaka kali ini kerana faktor ber-kenaan.

“Bagaimanapun SPR menggalakkan pengundi keluar beramai-ramai pada 22 Mac ini untuk menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya pada sidang media selepas tamat proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa di sini, semalam.

PRK DUN Chempaka menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

Calon PAS ialah Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.

Empat calon bebas ialah bekas calon bebas PRK DUN Pengkalan Kubor Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin, 55; dan pesara Kementerian Kesihatan Aslah Mamat, 64.

Abdul Aziz berkata ke-putusan PRK itu akan di-umumkan selewat-lewatnya pukul 10 malam pada hari berkenaan. — Bernama

Advertisement