Anda di sini

PAS pertaruh calon muda hadapi empat calon bebas

Advertisement

KOTA BAHARU: PAS meletakkan calon muda bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu 22 Mac.

Calonnya Ketua Urusan Ulama PAS DUN Chempaka Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad, 42, dilahirkan di Kampung Baung, di sini.

Beliau berkelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Malaya selain pernah menuntut dalam jurusan Talaqqi Kitab dan Mustami’ di Damsyik, Syria dan Sarjana Muda Syariah di Universiti al-Azhar, Mesir.

Beliau yang menganggotai PAS sejak 1993 merupakan Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa, Imam Masjid Kampung Baung Besar, timbalan pengetua dan pensyarah di Institut Dakwah Islamiah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) di sini.

Ahmad Fathan dikurnia-kan tujuh orang anak hasil perkahwinan dengan Azizah Hanim Mohd Daud@Ali.

Calon bebas, Sharif Mahmood, 59, pula berasal dari Kampung Bunut Payong di sini dan berkelulusan Diploma Pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Bekas Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu juga merupakan bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan.

Beliau dikurniakan empat orang anak hasil perkah- winannya dengan Siti Fatimah Yaacob, 57.

“Saya bertanding bagi menyuburkan semangat demokrasi politik tanah air setelah Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak bertanding pada PRK berkenaan,” kata Sharif.

Seorang lagi calon bebas adalah Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang, Fadzillah Hussin berhasrat untuk mewakili dan membela nasib rakyat jika dipilih sebagai Anggota DUN Chempaka.

Fadzillah, 55, seorang ahli perniagaan adalah anak kelahiran Labok, Machang, merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak perempuan serta dua anak lelaki.

Calon bebas, Aslah Mamat, 64, dari Sungai Petai, Pasir Puteh, adalah pesara kerajaan dan mempunyai seorang isteri dengan lima anak.

Aslah berkata beliau ber-tanding pada pilihan raya kecil ini kerana ingin menyampaikan mesej dan penerangan apa yang perlu dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Sementara itu, seorang lagi calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, berasal dari Kota Baharu dan pernah menjadi calon bebas di PRK DUN Pengkalan Kubor, September tahun lepas, namun tewas.

Beliau pernah menjadi tenaga pengajar di beberapa institusi pengajian tinggi. — Bernama

Advertisement