Anda di sini

Dua jiran didenda

Advertisement

KUALA LUMPUR: Dua lelaki berjiran dijatuhi hukuman denda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret selepas mereka mengaku bersalah terbabit dalam pergaduhan.

Majistret Nur Azura Murah menjatuhi hukuman itu ke atas pekerja hotel Madnapis Karim, 33, dan penganggur, Hassan Md Isa, 52, selepas mereka yang didakwa secara berasingan, mengaku bersalah.

Madnapis didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada jirannya Hassan, dengan memukul kepala Hassan menggunakan sebatang besi di tingkat tiga, rumah kedai di Lorong Haji Taib 5, Dang Wangi di sini, kira-kira jam 11.40 malam, 6 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Sekyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Hassan pula didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Madnapis dengan cara menumbuk di bahagian lengan kanan dan kaki kiri, di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Dakwaan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. – Bernama

 

Advertisement