Anda di sini

BN tidak taja mana-mana calon bertanding

Advertisement

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) semalam mengesahkan tidak ada mana-mana calon ditaja oleh BN atau UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN yang juga Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata BN atau UMNO tidak terlibat dengan mana-mana calon yang bertanding di PRK DUN Chempaka.

“Kita nak buat pengesahan bahawa UMNO dan BN tidak berada di belakang mana-mana calon yang bertanding dan saya minta jangan ada pihak yang libatkan UMNO atau sebagainya,” katanya selepas merasmikan Persida-ngan Inovasi dan Pendidikan Keusahawanan Malaysia (MCIEE) di sini semalam.

PRK DUN Chempaka pada 22 Mac ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon PAS dan empat calon bebas.

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Usahawan 1ASEAN (1AES) yang berlangsung pada 20 hingga 22 Nov depan.

Katanya persidangan dengan tema ‘Futurising ASEAN Entrepeneurs’ itu akan memberi fokus menimbulkan kese-daran dan keprihatinan serta penglibatan anak muda dalam bidang keusahawanan.

“Kita harap sidang kemuncak ini akan membantu beri kefahaman dan maklumat kepada usahawan muda berkaitan peluang perniagaan yang ada di rantau ASEAN yang mempunyai jumlah penduduk 600 juta orang.

“ASEAN mempunyai kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) berjumlah AS$2.3 trilion dengan penghasilan perdagangan sebanyak AS$2.4 trilion, maka berdasarkan jumlah ini, peluang dan sa-saran yang luas terbuka kepada usahawan muda dalam negara,” katanya.

Beliau berkata kerajaan kini berusaha menggalakkan anak muda supaya menjadikan bidang keusahawanan sebagai karier utama berbanding ha-nya tertumpu kepada kerjaya makan gaji. — Bernama

Advertisement