Anda di sini

13 cedera dalam kemalangan antara treler dan bas sekolah

Advertisement

KOTA BAHARU: Seramai 13 orang cedera termasuk 11 pelajar sekolah dalam kemalangan membabitkan lori treler dan bas sekolah di Kilometer 81.5, Jalan Kota Baharu-Gua Musang di Kuala Krai semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Ab Rahim Che Ghani berkata yang turut cedera ialah pemandu bas dan pemandu treler tersebut.

Para pelajar terbabit merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pahi, SMK Sultan Yahya Petra 1 dan Sekolah Kebangsaan Peria yang dalam perjalanan ke sekolah masing-masing.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi apabila bas yang dipandu Abdul Halim Mohd Noor, 56, berhenti di sebelah kiri bahu jalan untuk mengambil pelajar, sebelum treler yang dipandu Mohd Norddin Md Nor, 43, dipercayai hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang bas berkenaan.

Kedua-dua kenderaan dilapor terbalik. — Bernama

 

Advertisement