Anda di sini

Skuad belia berjaya kekang SSMP

Advertisement

KUCHING: Ketua Jurulatih Skuad Piala Belia Sarawak, Fuad Grbesic tetap memuji anak-anak buahnya kerana kejayaan membawa pulang satu mata ketika menentang Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) di Stadium Mini SSMP Gambang kelmarin.

Beliau berkata, menentang sekolah sukan kebangsaan bukan mudah namun anak-anak buahnya berjaya menyerapkan tekanan pasukan lawan dan melakarkan keputusan seri.

“Semua pemain bermain agak baik dan sangat berdisiplin. Kita mempunyai dua peluang keemasan namun gagal disempurnakan barisan penyerang,” katanya.

Menurutnya, pasukan lawan turut beraksi baik dan dihadiahkan penalti namun gagal disempurnakan.

“Saya fikir pemain-pemain kita lebih baik dari segi kecergasan berbanding pasukan lawan,” ujarnya.

Pengendali dari Bosnia Herzegovina itu berkata, pada separuh masa kedua anak-anak buahnya lebih banyak menguasai perlawanan namun tidak bernasib baik menjaringkan gol.

“Saya tetap memberi kredit kepada semua pemain yang beraksi cemerlang. Sekurangkurangnya kita memperolehi satu mata,” katanya.

Advertisement