Anda di sini

Maut dihempap batu

Advertisement

Pemandu jengkaut maut dihempap bongkah batu

Pemandu jengkaut maut dihempap bongkah batu ketika melakukan kerja-kerja kuari di Sungai Raya, Keramat Pulai, Simpang Pulai, dekat Ipoh, Perak. — Gambar Bernama

IPOH: Seorang pemandu jengkaut maut selepas dihempap bongkah batu ketika melakukan kerja-kerja kuari di Sungai Raya, Keramat Pulai, di Simpang Pulai, dekat sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Rozmi Che Hamat berkata dalam kejadian pada kira-kira jam 9 pagi itu, K. Kanian, 59, maut akibat tersepit dalam jengkaut yang dikendalinya selepas dihempap batu berkenaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.27 pagi dan sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati meninggal dunia akibat tersepit di bahagian tempat pemandu.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah dan mayatnya diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Sejumlah 11 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Simpang Pulai melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dan kami terpaksa menggunakan sebuah jengkaut lain untuk menarik batu besar yang menghempap mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini.

Rozmi berkata operasi tamat pada jam 10.50 pagi dan kejadian dipercayai berlaku secara tiba-tiba apabila bongkah batu itu terjatuh di atas jengkaut itu. — Bernama

MAUT: Anggota Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai berusaha keras untuk mengeluarkan mayat seorang pekerja kuari yang mati dihempap batu besar semasa melakukan kerja-kerja kuari di Mukim Sungai Raya, Keramat Pulai di Ipoh, semalam. — Gambar Bernama

Advertisement