Anda di sini

Liga Petronas: ABF menang ke atas KSR BINDA, Project Park kenduri gol

Advertisement

BINTULU: ABF menang 3-1 ke atas KSR BINDA sambil Project Park berkenduri jaringan 8-2 ke atas Legend United A masing-masing pada perlawanan Liga Petronas 2015 di Stadium Mini Bintulu dan Padang B UPMKB lewat petang Sabtu dan Ahad lalu.

Turut melakar kemenangan UPM mengatasi MLNG A 3-1 di Padang A UPMKB, diikuti Liga Bintulu menyaksikan Lakin Bintulu FC seri 1-1 ke atas MMEA SC di Padang A Dewan Suarah.

Manakala Fathir FC pula melakar kemenangan 3-2 ke atas IPD Bintulu B di Padang B Dewan Suarah dan MLNG B menang tipis 1-0 ke atas MAB di Padang A Dewan Suarah.

Perlawanan itu memperlihat pertemuan sengit pasukan- pasukan bertanding dalam dua liga itu bagi mengukuhkan kedudukan mata masing-masing.

Beberapa perlawanan lagi dilangsung pada Sabtu dan Ahad depan membabitkan pertemuan beberapa pasukan hebat khususnya dalam Liga Petronas.

Advertisement