Anda di sini

Dua pasukan Samarahan mengungguli Dart BGS

Advertisement

KUCHING: Dua pasukan dari Kota Samarahan mencuri tumpuan pada Kejohanan Dart BGS Season III Piala YB Dr Abdul Rahman Junaidi apabila kedua-duanya berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.

KDKS-MA diwakili Azizi Mohd Mastura dan Morris Omar lebih bernasib baik apabila merangkul kejuaraan sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1,000 dan trofi.

KDKS-BRI di tempat kedua pula memenangi hadiah wang tunai RM600 dan trofi.

Tempat ketiga dan keempat bersama disandang Tymeout Ol Skool dan Kakula A masing-masing membawa pulang wang tunai RM200 dan trofi.

Sebanyak 78 pasukan mengambil bahagian pada pertandingan berlangsung pada 7 dan 8 Mac itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata sukan dart kini semakin mendapat tempat kalangan masyarakat bandar raya ini.

Sehubungan itu, beliau berharap kelab dart sekitar bandar raya ini dapat bergabung tenaga menganjurkan pertandingan berskala besar.

“Dengan dart kini semakin mendapat tempat kalangan masyarakat, saya harap kelab-kelab dart dapat bergabung menganjurkan pertandingan berskala besar.

“Usaha seperti ini penting bagi menarik lebih ramai pemain terkenal selain terus mempopularkan sukan ini,” ujarnya.

Menurutnya, sekiranya dart dapat dibangunkan secara lebih teratur mungkin boleh popular seperti bola sepak.

“Pada masa sama, kita juga dapat membantu generasi muda daripada terjebak dengan gejala sosial,” katanya.

Advertisement