Anda di sini

Pusat Sumber Wanita bakal jadi pusat sehenti pelbagai informasi

Advertisement

KUCHING: Kerja pengubahsuaian melibatkan blok tertentu kompleks Wisma Wanita bagi tujuan penubuhan Pusat Sumber Wanita dijadual siap dalam waktu terdekat.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah berkata, Pusat Sumber Wanita itu bakal menjadi pusat rujukan bagi mengetahui perkembangan serta pembangunan wanita Sarawak dalam pelbagai bidang.

Jelasnya, idea penubuhannya tercetus pada mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) pada Oktober 2013, namun pelaksanaan mengambil sedikit masa kerana beberapa aspek harus diberi penekanan terutama soal peng-ubahsuaian.

“Ia juga bakal menjadi pusat sehenti yang merangkumi perkembangan dan kemajuan wanita Sarawak dalam pelbagai bidang ekonomi, politik serta sosial.

“Kita mahu Wisma Wanita dilengkapi dengan semua kemudahan yang memberi manfaat kepada umum termasuk menjadikan ia  meriah dengan kunjungan umum, tidak hanya kakitangan Jabatan Wanita dan Keluarga sahaja,” katanya.

Advertisement