KAPIT: Seramai 47 pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi telah menerima bantuan kewangan RM500 setiap seorang menerusi Tabung Pendidikan Larry Sng.
Majlis penyampaian cek telah disempurnakan oleh pengasasnya, Larry Sng Wei Shien di kediamannya di Jalan Airport, Kapit sempena sambutan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini.
Dalam ucapannya, Larry berkata, penubuhan tabung pendidikan itu dimulakan pada tahun 2001 dengan peruntukan permulaan sebanyak RM1 juta.
Beliau memberitahu, dana pendidikan itu dimanfaat untuk memenuhi keperluan pendidikan pelajar dari Pelagus dan menggalakkan lepasan SPM dan STPM meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Pendidikan adalah universal diiktiraf sebagai alat paling berkesan untuk memperbaiki diri sendiri dan bersaing dengan orang lain terutama dari kawasan luar bandar seperti Kapit.
“Saya sentiasa menekan kepentingan pendidikan dan mengingatkan ibu bapa bahawa pendidikan adalah pelaburan terbaik untuk pembangunan modal insan,” jelasnya.
Sejak penubuhan Tabung Pendidikan Larry Sng pada tahun 2001, Larry memberitahu, lebih daripada 1,000 pelajar menerima manfaat daripada bantuan pendidikan itu.
“Ramai daripada mereka kini bekerja di kedua-dua sektor awam dan swasta bukan sahaja di Kapit, malah di tempat lain,” ujarnya yang juga bekas ADUN Pelagus dan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP).
Larry turut menasihati pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang.
“Ini adalah salah satu cara yang saya rasa boleh membantu masyarakat untuk memanfaatkan sumber manusia walaupun RM1 juta telah dibelanjan untuk dana tabung pendidikan.
“Saya akan terus mencari dana untuk meneruskan usaha memberikan bantuan pendidikan walaupun jumlah hanya RM500 seorang. Namun dengan cara ini juga boleh membantu pelajar memulakan pengajian di istitusi pengajian tinggi,” katanya.
Mereka yang menerima bantuan kewangan Tabung Pendidikan Larry Sng ialah Shireen Lisin, Clinton Sempurai Peter Sumbang, Carryzon Balai, Avina Melia Balai, Vyner Melit, Kupa Rimong, Emprang Benjamin, Viviana Jimmy Kana, Gracecia Jimmy Kana, Marsella Haren Maluda, Kevin Kemudang Musin, Sonia Singgar Lembang, Sandra Tingau Unggah, Jenny Kong, Teo Chai Chuan, Sng Wei Sheng, Rebecca Jitet Berantang, Gading Rimong, Timothy Japit, Christie Kunyu, Dominic Chupang Joss, Alepen Erong Denan, Dexter Caesar Sungai, Florence Jaba, Tina Antalang, Cornelius Chia Chung Jun, Tan Zhi Fu, Tan Zhi Yun, Wiltone Kendawang Langit, Harrison Marvin Langit, Doris Tugong, Rimun Po, Susie Bagor, Ricky Kong Qi Yong, Mohd Faridh Rezza Mohd Sabli, Awang Amieruddin Awang Abdul Taip, Lau Siew Zhen, Felicia Tiong Wee Xin, Wong Suok Teng, Wong Suok Hung, Claudia Makong, Kelvin Ling Sheng Siang, Oliver Yu Zhong Jie, Shellen Suri Anthony, Priscilla Keluni, Emeline Ampa Bajan dan James Kudi Anong.