Anda di sini

Futsal MOYF: Medvill bukti kehebatan

Advertisement

DALAT: Kehebatan pasukan Medvill terbukti apabila menjuarai Kejohanan Futsal ‘Malaysia Year Of Festival’ (MOYF) Siri 1/2015 di Stadium Utama Perpaduan Dalat, kelmarin.

Medvill menewaskan Balan Cikoi dengan 3-0 sekali gus membawa pulang wang tunai RM800 serta piala dan medal.

Manakala Balan Cikoi terpaksa berpuas hati naib juara dan memenangi RM400 serta piala dan medal.

Tempat ketiga disandang Oya Mixplus apabila menundukkan Iganian FT terpaksa akur di tempat keempat.

Kejohanan tersebut anjuran bersama Pertubuhan Belia Parlimen Mukah (PBPM) dan Kelab Futsal Daerah Dalat (KFDD) menyaksikan sebanyak 36 pasukan berentap.

Penyelaras kejohanan merangkap Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) Negeri Sarawak, Royston Valentine berkata kejohanan itu diadakan secara bersiri sepanjang tahun ini sempena MYOF dan setiap kejohanan diadakan pada musim perayaan.

“Siri 2/2015 akan diadakan sempena sambutan Gawai, Siri 3/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri dan siri 4/2015 diadakan sempena Hari Natal dan Tahun Baharu 2016.

“Kejohanan itu adalah untuk memeriahkan sambutan setiap perayaan sekali gus sempena sambutan MYOF peringkat Bahagian Mukah,” ujarnya.

Hadir sama Pengerusi Kelab Futsal Daerah Dalat, Daniel Francis Klumai dan penyelaras bersama, John Andrew.

Advertisement