Anda di sini

Fuad bangga anak buahnya lakar kemenangan kedua berturut-turut

Advertisement

KUCHING: Ketua jurulatih Skuad Belia Sarawak, Fuad Grbesic melahirkan rasa bangga dengan kemampuan anak-anak buahnya melakar kemenangan kedua berturut-turut setelah menewaskan Pahang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) petang kelmarin.

Menurut Fuad, Pahang merupakan sebuah pasukan yang kuat namun anak-anak buahnya terutama di bahagian pertahanan berjaya mengekang asakan skuad ‘anak’ Tok Gajah itu.

“Agak sukar bermain di padang ini namun kita bermain baik di bahagian pertahanan. Pahang juga sebuah pasukan kuat… kita berjaya memanfaatkan peluang terhidang untuk memenangi perlawanan,” katanya.

Pengendali dari Bosnia Herzegovina itu berkata, sepatutnya pasukannya mampu menjaringkan lebih banyak gol namun peluang terhidang gagal dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh pemain-pemain.

Tambahnya, pasukannya bernasib baik kerana Mohd Amirul Shafizan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-12 perlawanan.

Skuad belia Sarawak kini mengutip enam mata hasil dua kemenangan.

Pada perlawanan pertama Sarawak tewas kepada Terengganu sebelum bangkit memenangi perlawanan kedua menentang Sabah.

Advertisement