BINTULU: Perlawanan aksi Liga Petronas Edisi Ke-21 di Stadium Mini Bintulu petang kelmarin menyaksikan ABF kenduri jaringan apabila menewaskan Legend United A 5-0.
Manakala UPM turut menang besar 4-0 ke atas IPD Bintulu A pada perlawanan di padang Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).
Perlawanan hari sama membabitkan Liga Piala Datuk Seri Tiong King Sing (Liga Bintulu) menyaksikan Kebabin FC menang 2-0 ke atas IPD Bintulu B di Padang A Dewan Suarah.
Diikuti MLNG B menang 2-1 ke atas Legend United B di Padang B.
Satu lagi perlawanan membabitkan dua pasukan Liga Petronas semalam (Ahad) dan dua perlawanan membabitkan empat pasukan untuk Liga Bintulu.