Anda di sini

The Reds kembali gegar Bukit Jalil Julai ini

Advertisement

PETALING JAYA: Kelab tersohor Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, dijangka akan kembali beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Harimau Malaya, Julai ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah kunjungan kelab tersebut masih dalam peringkat perbincangan dan pengesahan tentang perlawanan itu akan diketahui selewat-lewatnya bulan depan.

“Untuk peminat bola sepak negara, pasukan Liverpool bercadang untuk berkunjung ke Malaysia tetapi perkara ini belum dimeterai. Kami jangkakan perlawanan tersebut akan diadakan pada dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Julai ini,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ketiga bagi penggal 2014-2018 di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini semalam.

Kali terakhir pasukan Liverpool beraksi di Malaysia ialah pada tahun 2011 dengan menewaskan Harimau Malaya 6-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Ivory Coast akan diketahui selewat-lewatnya Selasa ini. — Bernama

Advertisement