Anda di sini

Misi buru tiga mata pertama

Advertisement

Oleh Harry Ilias//

KUCHING: Sarawak dalam misi memburu tiga mata pertama ketika menjadi tetamu KL Felda United FC dalam aksi pembukaan Liga Super 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Pengendalinya, Robert Alberts optimis anak-anak buahnya mampu melaksanakan tugas dengan baik meskipun sedar tugas getir bakal menanti kerana Felda United bukanlah lawan mudah dijinakkan.

“Tidak mustahil untuk meraih kemenangan kerana memang itu misi utama setiap pasukan.

Tetapi, untuk merealisasikannya semua pemain perlu bersikap positif dan menunjukkan komitmen seratus peratus sepanjang perlawanan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, Alberts mengingatkan pemain-pemainnya agar tidak memandang remeh keupayaan pasukan berstatus kelab itu yang berbelanja besar untuk mendapatkan pemain berkualiti pada musim ini.

“ Felda United telah melakukan banyak pelaburan pada musim ini kerana mahu mencabar kejuaraan liga.

“Menurut ramalan pakar, Felda United juga tersenarai sebagai pasukan pilihan untuk merebut kejuaraan pada musim ini.

Justeru, kita menjangkakan saingan sengit bakal ditempuhi dalam perlawanan nanti.

“Apapun pasukan kita cukup bersedia untuk menghadapi apa juga rintangan dan c aba r an yang baka l di t empuhi,” katanya.

Sarawak akan turun tanpa penjaga gol utama, Mohd Fadzley Abdul Rahim yang mengalami kecederaan di jari tangan kirinya.

“Agak sedih kerana Mohd Fadzley terpaksa direhatkan untuk sekurangkurangnya tiga minggu dan terlepas empat perlawanan awal,” kata Alberts.

Ketiadaan Mohd Fadzley akan membuka laluan buat Aidil Mohamad atau Mohd Iqbal Suhaimi.

Perlawanan kedua-dua pasukan akan bermula jam 8.45 malam ini.

 

 

Advertisement