Anda di sini

Wildaan REG juara Kejohanan Badminton Bumiputera Tertutup S’wak

Advertisement

SIBU: Pasukan Wildaan REG berjaya menjuarai Kejohanan Badminton Bumiputera Tertutup Sarawak selepas menumpaskan pasukan RMB dari bandar raya Kuching pada peringkat akhir di sini baru-baru ini, seterusnya merangkul Piala Beranikaya Borneo 2015.

Pasukan Wildaan REG yang menggabungkan pemain-pemain berpengalaman dari Sibu dan Kuching menewaskan RMB 2-1, sekali gus menerima hadiah RM2,500.

Terdahulu sebelum itu, regu pertama Wildaan REG tewas kepada regu lawan. Kekalahan itu tidak melemahkan semangat pemain-pemain Wildaan REG apabila menyaksikan dua regu terakhirnya berjaya mengalahkan lawan masing-masing.

Pemain-pemain Wildaan REG terdiri daripada Dolgani Dollah (ketua), Saadon Zamhari, Alex Jong, Peter Lee, Mohd Chairil Anuar, Muhammad Halim Jamaruddin, Muhammad Afiq Sazwan dan Mohd Nizam Ramon.

Kejohanan itu yang dianjurkan MUC Racket Group disertai 14 pasukan dari seluruh Sarawak berlangsung pada 31 Januari dan 1 Februari 2015.

Pasukan RMB yang menduduki naib johan memenangi hadiah RM1,500. Manakala pasukan tuan rumah MUC RG A dan T.Team dari Bintangor berkongsi tempat ketiga.

Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM700.

 

Advertisement