Anda di sini

Terpaksa bersalin waktu banjir

Advertisement

KECEMASAN: Anis dipapah anggota bomba yang terpaksa meredah banjir sejauh 150 meter untuk menghantarnya ke Hospital Lundu.

Wanita melalui detik cemas terpaksa lahir anak di rumah saudara selepas rumahnya dinaiki air.

Oleh Jeremy Lanson //

LUNDU: Tatkala penduduk kampung sibuk mempersiapkan diri menghadapi banjir, seorang wanita pula terpaksa melalui detik cemas apabila terpaksa melahirkan anak di rumah saudara selepas rumahnya dinaiki air semalam.

Wanita terbabit iaitu Anis Jamis, 25, dikatakan terperangkap di rumah keluarganya di Kampung Sebako di sini, apabila dia mengadu mengalami sakit hendak bersalin.

DISELAMATKAN:Anis dipindahkan dari kawasan banjir menggunakan lori Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Keadaan banjir teruk di kampung tersebut sehingga memutuskan hubungan jalan raya menyebabkan keluarganya terpaksa menghubungi anggota paramedik dari Hospital Lundu.

“Anggota paramedik yang tiba di rumah wanita terbabit selepas itu mengarahkan dia dipindahkan serta-merta ke kawasan selamat untuk proses bersalin.

“Dia kemudian dipindahkan ke rumah saudaranya dan tepat jam 4 petang, dia berjaya melahirkan seorang anak lelaki,” kata Pegawai Operasi Zon 1 Sarawak Tawang Lingem.

Difahamkan juga, selepas melahirkan anaknya, Anis kemudian terpaksa dipapah oleh anggota bomba meredah banjir sejauh 150 meter untuk dihantar ke Hospital Lundu.

 

 

Advertisement