Anda di sini

SMK Durin A juara Kejohanan Sepak Takraw MSS Bahagian Sibu

Advertisement

SIBU: Pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durin A berjaya muncul juara Kejohananan Sepak Takraw MSS Bahagian Sibu bagi Kategori Bawah 18 Tahun setelah menewaskn pasukan SMK Durin B dalam perlawanan akhir.

Kejohanan yang berlangsung di Gelanggang Masyarakt Durin kelmarin, turut menyaksikan pasukan SMK Durin C mendapat tempat ketiga selepas menewaskan SMK Ulu Balingian.

Manakala bagi Kategori Bawah 15 Tahun, SMK Sungai Merah muncul juara setelah menewaskn SMK Durin B. Tempat ketiga pula dimenangi oleh SMK Sedaya.

Kejohanan Kali ini disertai sembilan sekolah di bahagian Sibu yang terdiri daripada SMK Durin selaku penganjur, SMK Sungai Merah, SMK Sedaya, SMK Bukit Assek, SMK Ulu Balingian, SMK Bawang Assan, SMK Jalan Oya, SMK Agama dan SMK Sibu Jaya.

Antara lain, kejohanan untuk memilih pemain yang akan mewakili daerah Sibu ke kejohanan MSSM peringkat bahagian yang akan diadakan di Kapit dalam bulan Febuari ini.

Acara penutupan kejohanan dirasmikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SMK Durin Onglee Jeminuddin.

 

Advertisement