Anda di sini

Malaysia kutuk tindakan IS bakar juruterbang Jordan

Advertisement

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk tindakan kejam kumpulan militan IS membakar hingga mati Muath Kasasbeh, juruterbang tentera udara Jordanyang mereka tawan pada 24 Dis tahun lepas, apabila pesawatnya terhempas di Hamra Ghannam, Syria.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan semalam berkata Malaysia terkejut dengan jenayah kejam itu, yang sekali gus mencerminkan keganasan serta sikap kumpulan IS, yang tidak mengenal erti perikemanusian.

“Malaysia berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat Jordan pada saat-saat mengejutkan dan menyayat hati ini serta mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dahsyat dan taktik ganas itu,” katanya.

Beliau berkata Malaysia mengucapkan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada keluarga Kasasbeh dan kerajaan Jordan berhubung kejadian itu.

“Semoga keluarga Kasasbeh diberi ketabahan dalam menghadapi detik-detik menyayat hati ini,” katanya.

Kelmarin, kumpulan IS menyiarkan video menunjukkan juruterbang malang itu dibakar hidup-hidup dalam tindakan tanpa perikemanusiaannya untuk membunuh seorang lagi tebusan.

AFP melaporkan tayangan video secara dalam talian selama 22 minit itu menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan Kassasbeh, sedang dimamah api di dalam sebuah sangkar logam. — Bernama

 

 

Advertisement