Anda di sini

Doktor pelatih kini bebas memilih tempat latihan

Advertisement

PUTRAJAYA: Doktor pelatih daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini bebas untuk melakukan latihan perubatan di mana-mana hospital yang diingini bermula awal tahun ini.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kebebasan itu dapat memberi keselesaan dan kepuasan kepada bakal doktor agar prestasi kerja mereka ditingkatkan.

“Namun permohonan mereka tidak dijamin akan terus diluluskan dan ia bergantung kepada kekosongan di sesebuah hospital,” katanya kepada media selepas memberi ucapan perasmian Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab) 2015 di sini semalam.

Katanya jika tiada kekosongan di hospital yang dipohon, tempoh waktu menunggu akan diberitahu dan doktor pelatih boleh memilih hospital lain yang mereka minati.

“Namun saya percaya mereka tidak akan terlalu memilih tempat penempatan latihan mereka kerana mereka tentunya mahu mendapatkan kelulusan sebagai pegawai perubatan dengan segera,” katanya. — Bernama

Advertisement