Anda di sini

Kerajaan Pahang ambil tindakan atasi pencemaran lori bauksit

Advertisement

KUANTAN: Berkuat kuasa hari ini, semua pengusaha bauksit di negeri ini hanya dibenar menggunakan Jalan Gebeng-Bypass sahaja bagi mengangkut bauksit dan bijih besi ke pelabuhan.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata perkara itu diputuskan hasil perbincangan dengan kesemua 106 pengusaha berkenaan semalam, dalam usaha kerajaan menangani isu lori membawa muatan bauksit yang mengotorkan jalan raya di sekitar kawasan pelabuhan dan perindustrian Gebeng.

“Ia antara ketetapan yang diputuskan hasil perjumpaan tadi dan kesemua pengusaha terbabit memberi maklum balas yang baik selain bersetuju dengan keputusan itu.

“Selain tidak lagi dibenar melalui jalan biasa selain Jalan Gebeng-Bypass untuk ke pelabuhan, kerajaan negeri akan memberi tempoh selama dua bulan kepada pengusaha terbabit untuk memunggah dan mengosongkan tujuh tempat simpanan bauksit.

“Dengan langkah itu, tiada lagi tempat simpanan bauksit dan bijih besi di kawasan pelabuhan dan Gebeng,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas meng-adakan pertemuan tertutup bersama pengusaha bauksit dan bijih besi di Yayasan Pahang di sini semalam.

Beliau berkata, pengusaha terbabit juga diminta mencari kawasan tempat simpanan bauksit dan bijih besi ma-sing-masing di kawasan lain yang jauh dari kawasan pe-nempatan dan di luar kawasan pelabuhan serta Gebeng, pada masa sama kerajaan negeri turut sama mencari kawasan tempat simpanan berkenaan untuk pengusaha.

Adnan berkata, berkenaan dengan jalan kotor berikutan kegiatan itu Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan bertindak membersihkan kawasan berkenaan dengan kos pembersihannya ditanggung oleh pengusaha kira-kira RM130,000.

“Kerja-kerja pembersihan itu dijangka mengambil masa dua minggu dan kita berharap pelabur di kawasan berkenaan dapat bersabar sedikit masa lagi,” katanya.

Dalam pada itu katanya, selepas ini syarat-syarat baharu yang agak ketat akan dikenakan dan kesemua peng-usaha diharap dapat mematuhinya.

“Agensi penguat kuasa seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mempertingkat pemantauan untuk mengelak perkara sama berulang. — Bernama

Advertisement