Anda di sini

Tiada sasaran spesifik

Advertisement

Oleh Harry Ilias//

LATIHAN: Pemain Sarawak giat menjalani latihan di Padang C semalam sebagai persiapan menghadapi perlawanan pertama Liga Super 2015 menentang Felda United di Stadium Selayang Sabtu ini.

Alberts optimis Sarawak mampu mara jauh pada kempen Liga Super 2015

KUCHING: Tiada sasaran spesifik namun pengendali Sarawak, Robert Alberts tetap optimis dapat membawa Sarawak mara sejauh mungkin pada kempen Liga Super 2015 yang disingkap tirainya pada Sabtu lalu.

Alberts berkata, ketiadaan beberapa pemain utama yang berhijrah menyertai pasukan-pasukan lain musim ini memaksa beliau bersikap realistik mengenai peluang Sarawak.

“Saya akui saingan musim ini dijangka amat sukar lebihlebih Sarawak kehilangan ramai pemain terbaik yang berhijrah menyertai pasukan- pasukan lain.

“Malah, pasukan-pasukan lain turut memperkuat jentera masing-masing dengan mendapatkan pemainpemain yang berkualiti,” katanya pada sesi latihan di Padang C, di sini semalam.

Di sebalik rasa resah, Alberts tetap optimis peluang Sarawak untuk mencabar pasukan-pasukan lain pada kempen Liga Malaysia musim ini.

Kehadiran empat pemain import asing serta beberapa pemain tempatan yang dibawa masuk musim ini menjadi tonik membantu Sarawak merangkul sekurang-kurangnya satu piala pada kempen kali ini.

“Meskipun fokus utama kita adalah Liga Super, namun tidak bermakna kita mengabaikan kejohanan lain.

“Kita akan cuba menangani satu persatu perlawanan dengan baik.

Yang pasti pasukan kita bersedia memberikan yang terbaik untuk mencatat kemenangan dalam semua perlawanan,” katanya.

Menurut Alberts, beliau berharap pemain-pemain senior seperti Joseph Kalang Tie, Ashri Chuchu dan Hairol Mokhtar dapat menjadi inspirasi kepada pemain-pemain muda agar meningkatkan corak permainan mereka.

Sarawak menyambung semula latihan semalam sebagai persediaan menghadapi perlawanan pertama Liga Super 2015 menentang Felda United di Stadium Selayang Sabtu ini (7 Februari).

 

Advertisement