Anda di sini

Pegawai AADK maut dalam kemalangan

Advertisement

REMUK: Kereta Perodua Kancil yang dipandu Azli remuk mengakibatkan dia maut dalam kemalangan di Senawang di Seremban, malam kelmarin. — Gambar Bernama

SEREMBAN: Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) maut dalam kemalangan di Senawang di sini, jam 12 tengah malam kelmarin.

Jurucakap polis berkata mangsa, Azli Yaakob, 39, yang memandu kereta Perodua Kancil, dalam perjalanan ke Senawang dari rumahnya di Taman Tuanku Jaafar di sini, sebelum dirempuh sebuah kereta Proton Saga dinaiki tiga orang, yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, pemandu kereta Proton Saga itu yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk cuba memotong kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan merempuh kereta mangsa.

Sepasukan anggota bomba yang tiba di tempat kejadian berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa yang mengalami kecederaan parah dari kenderaan dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.

Bagaimanapun, Azli disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan, manakala tiga mangsa lain stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian. — Bernama

Advertisement