Anda di sini

Merapok FC ternyata unggul

Advertisement

Oleh Mastura Ismail //

Menjulang Piala Putera Kuala Lawas pada Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah

LAWAS: Pasukan Merapok FC membuktikan keunggulannya apabila menjulang Piala Putera Kuala Lawas (PKL) pada Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah Edisi 1 (2015) di padang Kampung Noor Islam Kuala Lawas, petang kelmarin.

Selaku sang juara mereka membawa pulang wang tunai RM2,000, pingat serta piala selepas menewaskan Pasukan Putera FC dengan jaringan 1-0 pada pentas final.

Pasukan Putera FC membawa pulang wang tunai RM1,500, piala dan pingat manakala pasukan Aru FC dan Muncu FC terpaksa berkongsi kedudukan ketiga membawa pulang RM1,000 dan pingat.

Dalam pada itu, pasukan Sap Sap Sui dari Sipitang, Sabah dinobatkan selaku pasukan terbaik.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Pegawai Daerah Lawas, Hussaini Hakim.

Turut sama penaung kejohanan Awang Damit Ali Hasan, Pengurus Residen Hotel Seri Malaysia (HSM) Mohd Amin Othman, pengerusi penganjur yang juga Pegawai JASA Lawas, Abdul Kadir Bayan serta jawatankuasa lain.

Sebanyak 54 pasukan dari Sabah, Brunei, Limbang dan Lawas menyertai kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.

Selain bola sepak, pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan, pertandingan dart terbuka, gerai jualan dan aktiviti lain.

Advertisement