Anda di sini

Badminton: Sarawak yakin memenangi pingat SUKMA

Advertisement

KUCHING: Skuad badminton Sarawak berpeluang memenangi pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun depan, sekiranya Zulaikha Idris yang merupakan juara Sirkit Junior Kebangsaan 100Plus bulan lalu bermain untuk negeri ini.

Ayah kepada pemain berusia 17 tahun itu memberitahu, Zulaikha akan bermain bersama pasukan badminton Sarawak.

Ia didedahkan Persatuan Badminton Sarawak (SBA), namun perbincangan perlu dijalankan bersama Persatuan Badminton Negeri Sembilan dan kelabnya untuk perlepasan.

“Kita berharap Zulaikha bermain untuk Sarawak kerana pemain itu berpotensi untuk memenangi pingat,” kata Setiausaha SBA, Abdul Hadi Abdul Kadir.

Beliau berkata, Zulaikha tahun ini akan bermain dalam ‘Purple League’ dan merupakan venue terbaik buatnya meningkatkan skil permainan dan menimba pengalaman.

Sebagai persiapan menghadapi SUKMA 2016, SBA harap kerajaan negeri dapat mempertimbang cadangan menghantar pasangan kembar, Adam Lau dan Alfred Lau ke luar sebagai pendedahan.

“Kita juga melihat untuk menghantar pemain-pemain berlatih bersama kelab di Indonesia, selain bertanding dalam banyak kejohanan,” ujarnya.

Sementara itu, jelasnya, tumpuan utama SBA adalah menghadapi Sirkit Junor Kebangsaan Zon Sabah Sarawak.

“Kita akan menganjurkan kejohanan pemilihan pada 19 hingga 22 Mac sama ada di Miri atau Kuching.

“Kategori yang dipertandingkan termasuk lelaki/wanita B18, B15, B14 dan B12,” katanya.

Advertisement