Anda di sini

Masjid Salatul Rahman tuan rumah acara Maulidur Rasul

Advertisement

SRI AMAN: Siri ceramah motivasi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga diteruskan pada malam kelmarin.

Kali ini Masjid Salatul Rahman Kampung Stumbin di sini ,menjadi tuan rumah acara Maulidur Rasul 1436H.

Seperti biasa, penceramah jemputan Dr Shapiee Lugom sememangnya tidak asing di kalangan rakyat Sarawak.

Dengan gaya penyampaian bersahaja dan berkemahiran serta setiap kandungan ceramahnya bertepatan mengupas isu semasa menjadikan setiap jemaah tidak pulang hampa dengan ilmu.

Ceramah itu anjuran bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Lingga dan Jabatan Agama Islam Bahagian Sri Aman serta ahli Jawatankuasa Masjid Salatul Rahman, Kampung Stumbin.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri, Ketua Kampung Stumbin Omar Razak serta Ketua Kampung Pangkat Mohd Suhaili.

 

Advertisement