Anda di sini

Lima sekolah terjejas akibat banjir lumpur, tanah runtuh

Advertisement

BETONG: Lima sekolah di kawasan Betong terjejas termasuk sebuah sekolah mengalami kemusnahan akibat banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat melanda daerah ini di sini, semalam.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Lawih, SK Saint Mark, SK Saint John, SK Nanga Spak dan SK Penom yang menyebabkan berlaku beberapa kemusnahan akibat banjir lumpur selepas air naik mendadak.

Pegawai Bilik Gerakan Bencana Daerah memaklumkan ada menerima laporan berkaitan kejadian tersebut.

Menurut laporan, kerosakan juga berlaku di SK Nanga Lawih apabila dilanda banjir lumpur menyebabkan kerosakan beberapa rumah guru dan harta benda sekolah.

Bagi SK Saint John, bangunan asrama dimasuki air menyebabkan murid tidak dapat masuk dan tinggal di banguan sekolah sehingga keadaan pulih dan bersih.

Beberapa bangunan di SK Nanga Spak pula dinaiki air setinggi lima kaki menyebabkan sekolah terbabit mungkin tidak dapat beroperasi sehingga keadaan pulih.

Manakala SK Penom terputus hubungan selepas jambatan menghubungkan ke kawasan berkenaan rosak dan hampir terputus disebab arus air deras.

Murid kawasan itu juga tidak dapat untuk ke sekolah kerana keadaan jambatan berbahaya untuk dilalui.

Penduduk menggesa agar dapat menyegerakan proses baik pulih jambatan terbabit bagi membolehkan murid dan guru dapat pergi ke sekolah dengan selamat.

 

Advertisement