Anda di sini

63 pengadil tamat kursus Kelas III

Advertisement

MIRI: Seramai 63 orang pengadil tempatan dari seluruh negeri menamatkan kursus pengadil peringkat negeri sekali gus memperolehi lesen pengadil Kelas III yang diiktirafkan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) di sini semalam.

Kursus tiga hari itu dirasmikan penutupannya oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat.

Hadir sama Presiden PBM, Mohammad Saif Jubaidi.

Ia dikendalikan oleh pegawai- pegawai unit pembangunan pengadil FAS diketuai Marsid Dahalan dan mendapat sambutan baik kalangan peserta dari seluruh negeri terutamanya Bahagian Miri termasuk penyertaan kaum India dan Cina.

Peserta terlibat dari jabatanjabatan kerajaan dan swasta dianjurkan bersama Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri (Miri FA), FAS, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Miri.

 

 

Advertisement