Anda di sini

JPAM Daerah Mukah bertemu tiga pasukan pada perlawanan futsal persahabatanMANTAP

Advertisement

MUKAH: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Mukah mengadakan perlawanan futsal persahabatan dengan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah serta pasukan belia dari Kampung Tutus Hilir dan Kampung Judan, kelmarin.

Berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Kem Belia Mukah, perlawanan futsal berkenaan merupakan program secara bersama serta julung kali yang mempertemukan JPAM Daerah Mukah dengan tiga pasukan tersebut sejak ia mula beroperasi di Mukah.

Melalui program bercorak sukan dan riadah ini, selain merapatkan lagi silaturahim, ia turut membolehkan JPAM Daerah Mukah mendekati masyarakat khususnya para belia di sekitar Mukah.

Secara tidak langsung, mendedahkan para belia kepada fungsi dan peranan serta pelbagai latihan yang dijalankan oleh JPAM.

Bagi pihak PPKS Mukah pula, sokongan JPAM Daerah Mukah membolehkan latihan yang berkaitan aspek keselamatan dan kecemasan diadakan setiap kali adanya kemasukan pelatih baharu.

Dibarisi oleh kakitangan dan sukarelawan agensi tersebut menyaksikan JPAM Daerah Mukah ditentang hebat oleh pasukan PPKS Mukah yang terdiri daripada para pelatihnya dan pasukan belia Kampung Tutus Hilir serta pasukan belia Kampung Judan.

Perlawanan dimenangi oleh pasukan belia Kampung Tutus Hilir.

Turut hadir Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mukah Lt M (PA) Mohd Noor Ini dan Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia PPKS Mukah Zainal Abiddin Ahmad.

 

 

Advertisement