Anda di sini

GERAKAN P.Pinang cabar DAP berdebat dengan PAS

Advertisement

GEORGE TOWN: GERAKAN Pulau Pinang semalam mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berdebat dengan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berhubung isu pelaksanaan hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha GERAKAN negeri Oh Tong Keong berkata Lim yang juga Ketua Menteri, tidak sepatutnya gentar dengan PAS (berhubung debat), supaya kebenaran dapat didedahkan kepada orang ramai.

“Jangan rasa takut atau patuh kepada setiausaha penganjur DAP Anthony Loke supaya menyelesaikan perkara itu dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), hanya untuk menjaga air muka kerana dengan berbuat demikian ia bukan sahaja melepaskan peluang untuk Lim membuktikan yang beliau bercakap “benar” sertauntuk tidak menafikan hak orang ramai untuk mendapat maklumat bagi kedua-dua isu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Oh kurang yakin bahawa pucuk pimpinan PR akan mengadakan perjumpaan dalam waktu terdekat untuk menyelesaikan kedua-dua isu kerana kalangan pemimpin merekasecara terbuka mengakui yang mereka tidak mengadakan perjumpaan sejak enam bulan lepas.

Katanya Lim patut mendedahkan sama ada PR sudah mencapai persetujuan (bagi hudud dan pilihan raya PBT) dan bersikap telus dengan memberikan hak kepada rakyat untuk mendapat maklumat. — Bernama

 

Advertisement