Anda di sini

SIOL Kuching juara badminton terbuka Bumiputera Saratok

Advertisement

KUCHING: Gandingan Ayub Ibrahim dan Mohd Al-Qhallieffah Suit memastikan pasukan SIOL Kuching muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Bumiputera Saratok 2015, Piala Datuk Abdul Wahab Aziz di Dewan Masyarakat Sri Krian, Saratok pada 24 dan 25 Januari lalu.

Dalam aksi final, beregu Ayub/Al-Qhallieffah berjaya menjinakkan Yusri Azmi Yusuf/ Mohamad Faisal Johan yang turut mewakili SIOL Kuching dengan 21-17, 21-16 dan 21-18.

Sebelum itu, mereka menewaskan Muhaizam/ Hardiyandi dengan 21-14, 21-15 pada peringkat separuh akhir.

Satu lagi saingan separuh akhir menyaksikan Yusri/ Faisal mengetepikan Mazlan/ Nazreen dari Saratok dengan 21-10, 21-14, 21-15.

Kemenangan bergaya itu memastikan Ayub/Al-Qhallieffah membawa pulang RM800 berserta piala.

Naib juara pula meraih RM600 dan piala disusuli RM150 dan piala bagi tempat ketiga.

Sejumlah 42 beregu lelaki menyertai kejohanan ini iaitu dari Kuching, Sri Aman, Betong, Spoah, Saratok, Sarikei, Bintangor, Sibu dan Bintulu.

Pembukaan rasmi kejohanan itu disempurnakan oleh Menteri Muda Pembangunan Tanah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Datuk Abdul Wahab Aziz manakala Pengerusi Kejohanan, Wan Busrah Wan Skran menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

 

 

Advertisement