Anda di sini

Ragbi: SHOAW laung amaran awal

Advertisement

Oleh Harry Ilias //

KUCHING: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW) melaungkan amaran awal untuk merampas semula kejuaraan Kejohanan Ragbi 15-Sebelah 18 Tahun Ke bawah MSSM Bahagian Kuching 2015 yang sedang berlangsung di Padang Song Kheng Hai.

Ini selepas skuad kendalian Zulkarnainhisham Sarbini itu berjaya mencatat dua kemenangan besar dengan menundukkan Sekolah Menengah Sains Kuching (SAINSKU) 86-0 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Maong (SUMA) dengan 136-0 dalam saingan Kumpulan B.

Perlawanan lain menyaksikan Maktab Rendah Sains MARA Kuching (MRSMKU) menundukkan SAINSKU dengan 51-0.

Dalam saingan Kumpulan A, juara bertahan Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah (KOLEJA) tidak tercabar dengan membelasah Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) 83-0.

Impian SAKURA untuk membalas kekecewaan itu tidak kesampaian apabila sekali lagi tewas kali ini di tangan Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph (St Joe) dengan 12-34.

Kesemua perlawanan akan bersambung hari ini dengan MRSM akan menentang SUMA, KOLEJA berdepan St Joe, SAINSKU menentang SUMA dan SHOAW menentang MRSMKU.

Advertisement