Anda di sini

The Spring’s Live Active Run 2015 berlangsung pada 14 Jun depan

Advertisement

KUCHING: Selepas empat tahun berturut-turut dianjurkan larian komuniti terbesar The Spring’s Live Active Run 2015 akan berlangsung sekali lagi pada 14 Jun ini.

Pengurusan The Spring dengan penaja bersama, TEEM Event & Exhibition dan Persatuan Maraton Sarawak (SMA) dengan bangganya mengumumkan tarikh permulaan pendaftaran pada 26 Januari hingga 28 Februari ini.

Peserta boleh memilih dalam pelbagai acara seperti 21km ‘Half Marathon’, 10km ‘Run’, 5km ‘Fun Run’, dan 1km ‘Kids Dash’.

Tetapi pada tahun ini penganjur menambah kategori baharu iaitu 10km ‘Corporate Run’.

Kategori tersebut hanya terbuka kepada syarikat-syarikat minimum 15 peserta yang akan membawa pulang hadiah wang tunai kepada syarikat terbabit.

Peserta akan bersaing merebut hadiah bernilai lebih RM20,000.

Selain itu, semua peserta tidak termasuk kategori 5km yang dipertandingkan akan membawa pulang pingat diperbuat daripada zink dan aloi.

Mendaftarlah sekarang bagi membentuk perubahan komuniti Kuching.

Bawalah kawan- kawan serta keluarga bersama-sama memeriahkan acara tersebut.

Penyertaan larian 21km, 10km, atau 5km sama ada mencabar diri sendiri atau joging santai adalah pilihan anda.

Ia bukan hanya sekadar menyihatkan badan malah juga dapat beramal.

Layari sekarang www.liveactiverun.com. Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan boleh melawati laman sesawang www.thespring. com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 082- 238222.

 

 

Advertisement