Anda di sini

PKMK lengkapkan aktiviti ‘Happy Village’ 2015 di SMK Seri Setia

Advertisement

KUCHING: Pertubuhan Khidmat Masyarakat Kuching (PKMK) melengkapkan aktiviti Happy Village 2015 dengan menganjurkan Program Berami Bersama di padang bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia, di sini kelmarin.

Seperti edisi sebelumnya, program terakhir PKMK itu menyediakan pelbagai acara sukan seperti perlawanan bola sepak veteran, wanita termasuk warga emas bagi memeriahkan suasana.

Selain itu, acara selingan seperti pertandingan karaoke dan mencari pasangan juga berjaya menghidupkan program yang dihadiri hampir 500 peserta dari pelbagai kampung seperti Tabuan Melayu, Tabuan Dani, Pingan Jaya & Muhibbah, Bako, Goebilt, Muara Tebas, Semilang dan Tiang Api.

Turut hadir Penaung PKMK Wan Kamal Tuanku Alwi Ibrahim, Pengerusinya Azizah Ayoob, mantan Naib Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Dr Paruwadi Musa serta ketua-ketua kaum kampung-kampung yang terlibat.

“Terima kasih atas sokongan semua pihak menjayakan program ini.

Saya percaya para peserta pastinya lebih teruja dengan kemeriahan program yang dianjurkan hujung minggu lalu,” kata Azizah dalam ucapan perasmiannya.

Menurut Azizah, objektif program sama seperti yang dianjurkan sebelum ini iaitu menyediakan landasan bagi penduduk-penduduk kampung sekitar beramah mesra serta mewujudkan budaya kekitaan kalangan mereka.

Justeru itu, Wan Kamal dan Azizah seterusnya menyampaikan geran dan cenderamata kepada kampung- kampung terlibat menganjurkan program Happy Village 2015 sejak tahun lalu.

 

 

Advertisement