Anda di sini

Crystal juara pingpong bawah 18 tahun

Advertisement

SIBU: Pemain pingpong wakil negeri, Crystal Tiong berjaya menewaskan Karen Lyne dengan mudah apabila memperolehi mata kemenangan 3-0 (11-6, 11-9, 11-7) untuk merangkul juara pada Kejohanan Pingpong Antara Sekolah, Wanita Bawah 18 Tahun di Dewan Pingpong di sini.

Crystal, 15, dua tahun lebih muda daripada Karen mendapat suntikan semangat apabila memperolehi mata pertama dengan mudah pada set pertama.

Karen berusaha keras pada set kedua berjaya menyamakan mata 7-7, namun Crystal kekal bersemangat melonjak ke hadapan apabila menguasai set kedua dengan mata kemenangan 11-9.

Pada set ketiga, kedua-dua pemain kelihatan berhati- hati namun Crystal jauh lebih berpengalaman berjaya menguasai permainan dengan kemenangan 11-7 sekali gus menamatkan permainan tersebut.

Kedua-dua pemain adalah pelajar dari SMK Methodist dan merupakan atlet sekolah yang berbakat besar hasil didikan Persatuan Pingpong Sibu.

Manakala tempat ketiga dan kedua disandang oleh Hsiao Hung dan Hsiao Ching dari SMK Lanang.

Sementara itu, kategori lelaki bawah 18 tahun juara dirangkul Clement Chiew dari SMK Sacred Heart diikuti Wong Khing Yreu dari SMK Deshon, Simeon Kwang dari SM Catholic High dan Thomas Ling dari SMk Tung Hua.

Kategori wanita bawah 12 tahun, juara dimenangi Fion Soh (SJK Kian Hin), tempat kedua dan ketiga disandang Esther Tiong (SJK Methodist), Hsiao Ling (SJK Thai Kwang) dan Lydia Lau (SJK Tung Hua).

Kategori lelaki bawah 12 tahun, memperlihat Po Su (SJK Sacred Heart Chinese) juara diikuti Filmer Yap (SJK Chung Hua), Alden Wong dan Stewart Hii (SJK Tung Hua).

Sementara itu, juara keseluruhan SMK Methodist kategori wanita bawah 18 tahun diikuti SMK Lanang, SM Katolik High dan SMK St Elizabeth.

Manakala kategori lelaki bawah 18 tahun dimenangi SM Catholic High diikuti MK Sacred Heart, SMK Methdoist dan SMK Tung Hua.

Hadiah pemenang disampaikan Pengerusi Persatuan Pingpong Sibu, Dr Clement Chen.

Advertisement