Anda di sini

Venue Piala Juara-Juara Sarawak belum ditentukan

Advertisement

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) belum memutuskan venue untuk melangsungkan temasya berprestij Kejohanan Bola Sepak Piala Juara-Juara Sarawak 2015.

Ini dijelaskan oleh Timbalan Presiden FAS, Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki sambil berkata pihaknya belum membincangkan perkara itu buat masa ini.

“FAS mungkin akan berbincang bagi memilih serta memberi mandat kepada ahli-ahli gabungan menjadi tuan rumah pengelolaannya nanti,” katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Penganjuran kejohanan berprestij itu bermula pada 2011 dengan dua bahagian (Sri Aman & Betong) merupakan gelanggang pertembungan pasukan kelab terlibat.

Edisi pertama penganjuran kejohanan itu (2011) menyaksikan kelab elit SEG FC berjaya merangkul gelaran juara setelah menumpaskan DBKU 1-0 pada perlawanan akhir di Kompleks Sukan Betong.

Manakala edisi kedua pada 2013 menyaksikan kejutan apabila kelab dari Miri, FBSB FC melakar sejarah muncul juara setelah menumpaskan Yayasan Sarawak 5-2 pada perlawanan akhir di Stadium Mini Bintulu.

Saingan Piala Juara-Juara Sarawak dianjurkan selang-seli dengan Piala Sarawak hanya melibatkan pasukan kelab iaitu juara dan naib juara dari liga setiap bahagian sahaja.

 

Advertisement