Anda di sini

Kejohanan Petanque Terbuka Politeknik Kuching mulai 30 Jan

Advertisement

KUCHING: Sebagai usaha mempromosi sukan petanque di sini, Badan Kebajikan Sukan dan Rekreasi Politeknik Kuching Sarawak (BAKSRI) akan menganjurkan Kejohanan Petanque Terbuka Politeknik Kuching Sarawak 2015 dari 30 Januari hingga 1 Februari di Arena Petanque SMK Santubong dan Dewan Kampung Santubong.

Pertandingan tiga hari itu dianjur dengan kerjasama Persatuan Petanque Bahagian Kuching, Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) dan Koperasi Politeknik Kuching Sarawak.

Menurut pihak penganjur, pertandingan tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan Persatuan Petanque Sarawak di samping menjadi platform untuk mengetengahkan sukan tersebut kepada orang ramai di sini.

Penyertaan adalah terbuka kepada mana-mana peserta yang berminat termasuk orang luar dengan sua kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita.

Atlet yang mewakili Sarawak pada SUKMA sebelum ini juga dipelawa untuk turut serta bagi memeriahkan pertandingan tersebut.

Yuran bagi setiap peserta lelaki ditetapkan sebanyak RM80 dan RM50 bagi wanita.

Tarikh tutup menghantar penyertaan pada 25 Januari ini dan mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan pada 30 Januari.

Johan bagi kategori lelaki akan menerima RM1,200, tempat kedua RM800, ketiga RM500 dan keempat RM400.

Pemenang tempat kelima hingga kelapan akan menggondol RM100 manakala tempat kesembilan hingga ke-16 akan meraih sagu hati RM70.

Bagi kategori wanita, johan akan membawa pulang RM600, naib johan RM350, tempat ketiga RM200 dan keempat RM150.

Manakala tempat kelima hingga kelapan akan menerima RM50.

Semua pemenang bagi kedua-dua kategori turut menerima sijil penyertaan dan pingat.

ADUN Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi dijangka hadir merasmikan pembukaan kejohanan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Abu Zaid (019- 8461615), Raby Mohamad (014-6854348) atau Yazid Belon (013-5613561).

Advertisement