Anda di sini

FAS masih cari tarikh baharu bagi Kejohanan Futsal Piala Sarawak

Advertisement

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) masih mencari tarikh baharu untuk menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Sarawak setelah ia ditunda pada tahun lepas.

Kejohanan yang sepatutnya berlangsung dari 12 hingga 14 Disember 2014 di Bintulu terpaksa ditangguh berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAS Duke Janteng berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat untuk mencari tarikh baharu yang sesuai untuk menganjurkan semula kejohanan itu.

“Venue kejohanan masih kekal di Bintulu, cuma kita masih belum memutuskan tarikh yang sesuai untuk menganjurkan kejohanan tersebut,” katanya semalam.

Pengerusi Futsal dan Bola Sepak Pantai Negeri Sarawak, Razali Dolhan sebelum ini pernah menyuarakan cadangan untuk menyenaraikan acara futsal dan bola sepak pantai pada SUKMA 2016 yang akan berlangsung di Sarawak.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) itu berkata beliau percaya potensi dua acara berkenaan untuk menyumbang pingat buat Sarawak pada temasya itu nanti.

Jika cadangan itu diterima, Kuching akan menjadi tuan rumah acara futsal manakala Bintulu dipilih sebagai venue bola sepak pantai.

Advertisement