Anda di sini

SMK SHOAW tuan rumah Ragbi 15 Sebelah Bawah 18 Tahun

Advertisement

KUCHING: SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), Matang dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Ragbi 15 Sebelah Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Bahagian Kuching yang akan diadakan dari 27 hingga 31 Januari ini di Padang Song Kheng Hai, Padungan.

Penyelaras Kejohanan, Zulkarnain Hisham berkata setakat ini enam buah sekolah telah mengesahkan penyertaan iaitu SMKA SHOAW, Kolej Abdillah, Sains Kuching, MRSM Kuching, SMK St Joseph Kuching dan SMK Sungai Maong.

Menurut Zulkarnain, beliau yakin lebih banyak pasukan akan menghantar penyertaan dalam tempoh terdekat bagi memeriahkan kejohanan tahunan itu.

Tarikh tutup penyertaan hari ini namun mungkin dilanjutkan bagi memberi peluang kepada pasukanpasukan lain menghantarkan penyertaan mereka.

“Kejohanan ini bertujuan memilih wakil untuk bertanding pada kejohanan peringkat negeri dan seterusnya kebangsaan,” katanya di sini semalam.

Selain itu, ia juga berperanan untuk mempromosi sukan ragbi kalangan pelajar sekolah selain memenuhi kalendar kokurikulum pendidikan Bahagian Kuching.

Menurut Zulkarnain, sasaran SMKA SHOAW tahun ini ialah untuk merampas kembali mahkota kejuaraan daripada musuh tradisi, Kolej Abdillah yang memenangi kejohanan tersebut selama tiga tahun berturut-turut.

“Kita akan berusaha memberikan yang terbaik kali ini untuk merampas semula kejuaraan setelah kempunan tiga tahun berturut-turut,” katanya sambil menambah SMKA SHOAW merupakan naib juara kejohanan itu.

Ka t anya , per s i apa n SMKA SHOAW untuk menghadapi kejohanan tersebut berjalan lancar dan bersedia sepenuhnya memberikan cabaran sengit dalam usaha memburu kejuaraan kali ini.

 

Advertisement