Anda di sini

Persahabatan futsal PPKS Mukah, GIATMARA, FULECO FT

Advertisement

PERSAHABATAN: Pemain ketiga-tiga pasukan selepas perlawanan persahabatan.

MUKAH: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah, GIATMARA Mukah dan FULECO FT mengadakan perlawanan persahabatan di Dewan Sukan Tertutup, Kementerian Pembangunan Sosial Mukah malam Ahad lalu.

Perlawanan itu bertujuan menggalakkan aktiviti sukan dan riadah kalangan masyarakat khususnya belia, selain mengeratkan silaturahim semua pemain.

Selain FULECO FT, pasukan PPKS Mukah dan GIATMARA Mukah dibarisi oleh para pelatih masing-masing.

PPKS Mukah dan GIATMARA Mukah merupakan antara institut latihan menawarkan pelbagai kursus teknikal dan vokasional khususnya kepada para belia sekitar Mukah.

Advertisement