Anda di sini

STF harap atletnya sertai pemilihan Sukan SEA 2015

Advertisement

SIBU: Persekutuan Taekwondo Sarawak (STF) berharap kepimpinan baharu Majlis Sukan Negara (MSN) memberikannya peluang untuk menghantar atlet berpotensi ke sesi pemilihan peringkat kebangsaan bagi mewakili Malaysia ke Sukan SEA 2015 di Singapura.

Presidennya, Dr Henry Toh berkata STF bersedia untuk menghantar sekurangkurangnya enam atlet ke pemilihan tersebut sekiranya Ketua Pengarah MSN Ahmad Shapawi Ismail yang menggantikan Datuk Seri Zolkples Embong bulan lalu, memberi peluang tersebut.

Sebelum ini, tiada atlet STF yang menyertai manamana kejohanan yang diiktiraf MSN kerana bernaung di bawah Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA) yang tidak diiktiraf di negara ini kerana bukan anggota gabungan Persekutuan Taekwondo Dunia (WTF).

Bagaimanapun, MTA sebelum ini menyatakan bahawa ia tidak pernah keluar daripada gabungan tersebut dan tidak pernah menerima surat daripada WTF menyatakan MTA telah keluar daripada gabungan dengan WTF. — Bernama

Advertisement