Anda di sini

Isu Gary buktikan FAM perlukan transformasi

Advertisement

ALOR SETAR: Kontroversi berhubung keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap status bekas pemain Harimau Muda A, Gary Steven Robbat membuktikan betapa badan induk bola sepak negara itu amat memerlukan transformasi menyeluruh.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Aminuddin Omar berkata transformasi menyeluruh itu perlu memberi fokus terhadap aspek pematuhan FAM terhadap peraturan yang dibuat sendiri oleh mereka.

“Transformasi itu perlu memberi fokus mendalam terhadap aspek pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh FAM sendiri,” katanya yang juga Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah kepada Bernama semalam.

Transformasi yang dicadang dilakukan terhadap FAM itu, beliau berkata menghendaki persatuan tersebut supaya sentiasa telus dalam isu mengenai status pemain negeri yang sedang berkhidmat dengan pasukan kebangsaan.

Dalam isu Gary, Aminuddin berkata KFA hanya mematuhi peraturan yang dibuat oleh FAM yang menghendaki pemain kebangsaan kembali ke persatuan negeri masing-masing selepas kontrak mereka dengan FAM tamat. — Bernama

Advertisement