Anda di sini

5 pemain pingpong Sarawak sertai skuad pelapis junior

Advertisement

KUCHING: Lima pemain pingpong muda Sarawak dipilih Persatuan Pingpong Malaysia (TTAM) untuk menyertai skuad pelapis junior kebangsaan di Bukit Jalil.

Mereka merupakan Christopher Goh, Too Ying Cheun, Louis Chung, Tay Lynn Jia dan Karen Lynn Dick.

Karen berasal dari Sibu manakala selebihnya dari Kuching.

Pengerusi Persatuan Pingpong Bahagian Kuching (KDTTA), Helena Christine Wee berkata pemilihan mereka merupakan kejayaan cemerlang kepada sukan pingpong negeri ini.

“Mereka yang terpilih berusia 12 tahun dan dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang pada Kejohanan Pingpong Milo- Hopes Malaysia di Melaka.

“Kejohanan junior kebangsaan menyaksikan Sarawak dinobatkan juara keseluruhan selepas merangkul tiga emas, dua perak dan enam gangsa,” katanya.

Dalam satu majlis makan malam di sini, semua pemain pingpong Kuching berada senarai tiga terbaik dalam kategori individu dan berpasukan Kejohanan Pingpong Antara Bahagian Sarawak Ke- 54 menerima insentif masingmasing.

Insentif disampaikan Presiden KDTTA, Simon Wong dan Presiden Kehormat, Datuk Yii Chee Hau.

Sejak 2001, Kuching muncul juara keseluruhan peringkat negeri.

Tahun lalu Kuching memenangi 12 emas, lapan perak dan 14 gangsa.

Advertisement