Anda di sini

Syarikat swasta dan GLC diminta turun padang bantu mangsa banjir

Advertisement

PASIR SALAK: Syarikat swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) diminta turun padang menghantar sukarelawan masing-masing untuk membantu mangsa banjir serta merasai sendiri keperitan yang dialami oleh mereka.

Pengerusi Pelaburan MARA Berhad (PMB) Datuk Sohaimi Shahadan berkata syarikat itu hanya menghulurkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit namun tidak merasai bebanan yang terpaksa dihadapi mangsa banjir.

“Jika hanya menyampaikan bantuan dalam bentuk cek, kita tidak melihat sendiri kesedihan yang dialami mereka. Sekurang-kurangnya dengan turun padang dapat memulihkan semangat mangsa banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyertai program gotong-royong pasca banjir di sini, semalam.

Sebanyak 80 sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan PMB dan Kolej Poly-Tech MARA membantu membersihkan rumah penduduk di sekitar Kampung Sejagob, di sini yang terjejas akibat banjir.

Katanya meskipun banjir mulai surut, namun sumbangan berterusan masih diperlukan kerana tugas pada fasa pasca banjir lebih mencabar berbanding keadaan semasa banjir. — Bernama

Advertisement